Kenalpasti kuadran anda dan boleh plan penghijrahan kuadran dari sekarang

Pernah tak dengar pasal 4 kuadran yg diperkenalkan oleh Robert Kiyosaki
Okay, #jagungmanisperlis nak share la sikit ilmu pasal 4 kuadran ni

E - Employee (pekerja)
Bekerja makan gaji dan ada pendapatan yang tetap. Lebih 'secure' dan golongan ini biasanya mahu menikmati perasaan terjamin dan dapat melihatnya tercatat secara hitam putih akan jaminan itu. Ketidakpastian akan membuatkan mereka susah hati. Naluri mereka akan berkata, 'saya akan berikan yang ini sekiranya kamu mahu berjanji mahu memberikan yang itu sebagai balasannya. Mereka mahu ketakutan itu dikurangkan dengan kehadiran sedikit kepastian. Justeru, mereka mahukan jaminan dan perjanjian yang kukuh apabila melibatkan tawaran kerja

S - Self employed atau bekerja sendiri
Golongan ini adalah mereka yang mahu menjadi majikan untuk diri sendiri atau suka melakukan kerja sendiri. Sekiranya golongan S ini bekerja keras, dia mengharapkan bayaran yang diterima setimpal dengan kerja yg dilakukan. Sebaliknya, mereka faham sekiranya mereka tidak berusaha keras, maka mereka tidak layak menerima bayaran yang tinggi. 
Contoh kalau anda pandai goreng koey teow dan tiada yang boleh ganti tempat anda, jika seminggu anda cuti sebab demam, maka seminggu jugalah kedai koey teow tutup...begitu juga kalau doktor yang ada klinik sendiri. Kalau doktor tu sebulan pergi haji, sebulan la kliniknya tutup jika tiada doktor lain yang boleh ganti.

B - Business owner atau pemilik bisnes
Perniagaan yang memiliki sistem. Tidak seperti golongan S yang tidak gemar mengagihkan tugas, mereka berpendapat 'mengapa lakukan sendiri sekiranya mampu mengambil orang lain utk melakukannya, malah dapat memberi hasil yg lebih baik? Golongan ini mampu meninggalkan perniagaanya iatu perniagaannya tidak 'melekat' di badannya, kemudian kembali semula dan mendapati perniagaan itu lebih berjalan lancar dan terus menjana keuntungan

I - Investor atau pelabur
Pelabur menjana wang dengan wang dan tidak perlu bekerja keras. Kuadran ini untuk golongan kaya. Di kuadran inilah yang selalu kita katakan, 'orang yang kaya bertambah kaya'


Ulasan

Catatan Popular